Tuesday, 17 December 2013

Percutian di Dorani Bayu Resort @ D' Muara Marine Park, Sg Besar Dis 2013.


Dorani Bayu Resort @ D' Muara Marine Park menjadi lokasi pilihan kali ini terletak di Sg Besar, Selangor. Rasa teruja bila gugle tentang tempat ni dan bila membaca blog orang dan gambar-gambar yang cantik. Setelah dipersetujui maka begeraklah dua kereta ke sini. Tetapi bila sampai di sini, teruja atau tidak, sendiri saja yang tau..adakah sama dengan gambaran yang cantik itu?sendiri saja yang dapat menilainya...yang pasti ia tetap menyeronokkan dan mengujakan. Anda pasti teruja membaca blog ni.....perkara yang sama akan berlaku.

Ruangan lobi resort.

   

  Bergambar kenangan di Dorani Bayu Resort.

 Dari bahagian belakang lobi. Dari muara menuju ke laut.

Ada dua jenis chalet iaitu 'sea view n village view'. Harga untuk hari biasa 'sea view' RM140. Manakala RM130 untuk 'village view'. Kemudahan sarapan pagi tidak disediakan. Namun begitu terdapat Restoran D' Muara di chalet ini.

Antara kemudahan yang disediakan di sini. Terdapat 
laluan antara chalet ke chalet. Terdapat dua jenis katil 'twin sharing n queen bed'.

 Bilik agak luas dan boleh menempatkan satu keluaga yang besar. Ada beranda dan tingkap besar.Kami telah menyewa dua bilik. Kemudahan seterika juga disediakan. Kebersihan bilik memuaskan. Ruang bilik memang selesa.

Terdapat juga aktiviti canting batik, bermain pinball dan bbq. Tetapi perlu ditempah sehari awal sebelum menginap. Pada hari kami menginap, satu kumpulan selesai mengadakan hari keluarga di sini.

Chalet terapung yang mengadap laut. Bila air pasang, terdengar ombak di bawah chalet. Begitu mendamaikan.

Sepetang di Dorani Bayu Resort.

  
Ketika matahari hampir terbenam @ Dorani Bayu Resort.

Laluan ke bilik pada waktu malam.Romantik atau menyeramkan?


Awal-awal pagi nelayan sudah turun ke laut. Air surut jauh ke tengah. Muara sungai adalah laluan bot nelayan untuk ke tengah laut.

Waktu petang boleh ke jeti nelayan untuk membeli ikan-ikan segar.

Kawasan pantai paya bakau yang berselut. Pada waktu petang, boleh mencari kerang di bawah chalet dan siput di pantai paya bakau.

Aktiviti memancing dari chalet. Tetapi susah untuk dapatkan ikan yang biasa. Disarankan ke muara sungai atau menyewa bot nelayan untuk ke tengah laut.

Setiap resort pasti ada kelebihan dan kekurangannya yang memberi kesan langsung atau tidak pada mud percutian. Namun begitu, kita sendiri yang menentukan seronok atau tidak percutian tersebut dan sebarang masalah diselesaikan segera. Syukur pada tuhan, ia memberi kenangan pada kami di tempat orang. 

Di atas digambarkan kelebihan dan keindahan resort ini. Namun begitu, ada juga kekurangan yang boleh diambil tindakan oleh pihak Dorani Bayu Resort n Service untuk meningkatkan kualiti penginapan di sini. Kelemahan yang ketara ialah :
1) Pada waktu senja terlalu banyak nyamuk. Disarankan untuk menutup tingkap dan pintu beranda, tetapi boleh dibuka semula pada waktu malam. Setelah diperhatikan, ia berpunca di kawasan luar pagar yang agak semak iaitu kawasan bermain pintball. Tindakan membersihkan kawasan perlu diambil segera. Pengunjung boleh membawa penyembur nyamuk atau ubat nyamuk elektrik sebagai langkah persediaan.
2) Ada bantal yang sedikit berbau hapak (bukan semua bantal).
3) Air 'aircond' menitik tetapi tidak lah mengalir di lantai hanya untuk satu bilik sahaja.

Apa yang boleh dikatakan, teringin untuk menginap di sini lagi memandangkan belum semua tempat dilewati dan sudah mahir arah tuju dan selok-belok di sini.











No comments:

Post a Comment