Laluan PLUS Highway-Elite Highway-Guthrie Highway-Latar Highway-Kuala Selangor.
Sg Besar
Sawah padi di Simpang Lima, Sg. Besar.
Sawah padi terbentang luas.Padi di Sg Besar belum lagi dimesin.Padi Sekinchan dah dimesin.
Padi yang dah dimesin.
Pasar petang di Sg Besar.
Nelayan pulang pada waktu petang dan terus menjual hasil tangkapan di pasar petang. Ikan-ikan segar boleh dibeli di pasar petang.
Rata-rata di kawasan Kuala selangor dan Sabak Bernam ada pasar petang.
Kerepek di Simpang Lima.
Pilih jangan tak pilih.Kerepek berasaskan ubi.Banyak pokok ubi ditanam di sini.
Sekinchan
Banyak buah mangga dijual di sepanjang jalan Sekinchan.
Jagung pun banyak dijual.
Tg. Karang
Singgah makan di Warung Ibu, Tg Karang.
Nasi ambeng, soto dan nasi campur ada dijual. Tapi, lauk-pauknya semua manis belaka.
Mentarang juga terkenal di sini, bercengkerang seperti siput. Hanya dijumpai di kawasan pantai yang berselut. Mentarang banyak dijual di sepanjang laluan Kuala Selangor hingga ke Sg Besar. Mentarang bakar paling terkenal.
Kuala Selangor
Singgah di Cendol Bakar, di Kg Assam Jawa, Kuala Selangor. Ingat nak drive-thru jer tapi tak jadi.
Tempat makan oldskul beratap rumbia tapi panas.
Cendolnya ada rasa la, dicampur dengan nata de coco untuk mencari kelainan,hilang rasa aslinya.
Selepas pekena cendol, dalam perjalanan balik, singgah pula di Bukit Melawati, Kuala Selangor.
Antara tinggalan sejarah.
Lotong-lotong yang mencuri perhatian pengunjung di sini.Jinak, tetapi sesiapa yang bawa makanan pasti dikejar.
Anak lotong berbulu oren mcm warna teddy bear.
Saling bergayut dari dahan ke dahan.
Rata-rata yang datang memberi makan pada haiwan ni.
Sabak Bernam
Sebelum check in di Dorani Bayu Resort, disarankan oleh staf di situ untuk ke Pantai BNO ( Bagan Nakhoda Omar), Sabak Bernam untuk makan tengahari. Jauh juga dari Sg Besar. Mungkin untuk kali pertama sampai.
Apa lagi, tak ingat dunia la makan. Ada pondok disediakan tapi siapa cepat dia dapat.
Tak boleh mandi pun. Pantai paya bakau. Banyak bangau yang datang.
Dah kenyang layan blues la pulak......
Ada restoran di sini. Kawasan lapang untuk bermain layang-layang.
Banyak lagi tempat menarik di sini yang tak sempat dilewati. Terdapat Pantai Redang di Kg Sg Leman di Sekinchan. Sesekali berjalan- jalan untuk merasai cara hidup dan budaya di tempat orang. Rata-rata masyarakat di sini adalah masyarakat Jawa.
https://www.facebook.com/homestaytanjungkarang/ Untuk pertanyaan homestay boleh call 0132274027
ReplyDelete