Wednesday 20 November 2013

Sepetang di Pengkalan Balak 20 Nov 2013@ D' Nelayan Beach Resort, Sg Tuang, Melaka.

Percutian yang tidak dirancang sama sekali. Alkisahnya sepupu menghadiri majlis konvokesyen adiknya di Uitm Shah Alam. Sebelum balik ke Muar, diorang jalan-jalan di sekitar Lembah Klang dan akhirnya singgah di Melaka. Maka, dihubunginya semua ahli saudaranya untuk menginap semalam di Pengkalan Balak. Setelah dipersetujui, maka terjadilah percutian @ family gathering. Sebelum ini, kalau ke Pangkalan Balak tidaklah menginap di sini, balik hari jer.

Pemandangan dari bilik @ D' Nelayan Beach Resort ketika matahari hampir terbenam.

Emak dan mak saudaraku

Tempat penginapan yang dipilih ialah D' Nelayan Beach Resort yang terletak di Sg Tuang, Melaka.Resort ini menghadap laut.


Ini bilik yang berharga RM70 satu malam (kalau hujung minggu harganya lain)Agak kecil dan ada dua katil bujang dan 'aircond'. Kebersihan bilik kurang memuaskan, katil agak barhabuk . Bilik ala-ala rest house. Bilik airnya pun tidak memenuhi citarasa.Kami menyewa 4 buah bilik. Bilik-bilik di sini menghadap laut Selat Melaka. 

Namun begitu, kemudahan Wifi disediakan dengan liputan dan kelajuan yang amat baik. Aku sempat mengemaskini blog menggunakan aplikasi Blogger di Ipadku berlatarkan desiran ombak Selat Melaka.

Ini bilik yang berharga RM100++. Agak selesa dan luas sedikit. Di resort ini, ruangan parkir kenderaan agak terhad.

Ada kolam mandi disediakan untuk kanak-kanak. 

Anak-anak buah yang berendam dari mula sampai.

Kemudahan untuk bermain pingpong juga disediakan.





Akhirnya dapat jugak berendam......



Aktiviti petang di tepi pantai bersama anak-anak buah. 


Makan dengan berselera  bekalan yang dibawa.

Mak long yang sibuk menyediakan makan malam kitaorang.

Menu minum petang cekodok ikan bilis hasil air tangan emakku

Antara menu makan malam.


Makan malam dengan penuh selera.

Bergambar kenangan @ D' Nelayan Beach Resort.


Ruang makan juga disediakan memudahkan pengunjung untuk masak dan bbq.



Si kecil yang belum lagi nak tidur.


Pukulan ombak Selat Melaka yang agak mengganas di Pengkalan Balak pada pagi 21 Nov 2013



Pada pagi 21 November 2013,hujan gerimis, aktiviti diteruskan lagi dengan memasak makanan pagi, aktiviti mandi-manda dan seterusnya 'check out' pada pukul 12 tengah hari.

Kesimpulannya, percutian yang tidak dirancang ini begitu menarik terutamanya apabila 'kanak-kanak bertemu air' dan aktiviti makan 'ala-ala camping'.

Setiap resort mempunyai kelebihan dan kekurangannya. D' Nelayan Beach Resort sesuai untuk mereka yang menginginkan percutian bajet, santai bersama keluarga dan sahabat handai. Pemandangan laut yang cantik. Namun begitu, mereka yang menginkan penginapan yang lebih ekslusif disarankan untuk mencari penginapan alternatif yang lain.

Tunggu untuk review percutian seterusnya....

Antara watak-watak yang terlibat dalam ini cerita......zasssss.....


Mak den dengan cucu....

Tak tau apa sebab buah oren tu mesti dipegang sekali....dengan roti gardenia sekali....

Bajet macho la...gunting rambut kau tu....kono tahan result pmr nti.........

Nak balik sangat dah masa ni.......

Saturday 16 November 2013

Jalan-jalan ke Taman Mini Asean, Masjid Selat dan menaiki River Cruise, Melaka pada 30 October 2013

Lawatan ke Taman Mini Asian dan menaiki River Cruise bersama murid-murid sebagai pengisian program lepas peperiksaan.

Masing-masing sedang menunggu persembahan oleh artis-artis kebudayaan Taman Mini Malaysia.

Persembahan tarian Melayu
Terdapat juga persembahan tarian kaum Cina dan India dan etnik-etnik lain.

Ketika ini di Masjid Selat. Tempat yang mendamaikan yang dilewati semasa lawatan hari itu. Masjid ini cantik dan unik kerana kedudukannya yang menganjur ke laut Selat Melaka. Maka, ianya dinamakan Masjid Selat.

Naik river cruise. Biawak yang muncul di pinggir sungai.Budak-budak menjerit cikgu, tu buaya!...aduii....

Membeli apa  yang patut di Bandar Hilir seperti 'key chain' dan kuih tradsional sebagai tanda balik dari Melaka.


Nak bercerita sikit. Mamat ni dikategorikan  'jambu dan cun'..lemah gemalai tariannya....


Antara aktiviti yang disediakan di Taman Mini Asean dan Malaysia jika mengikut pakej rombongan murid sekolah termasuk pakej makan tengah hari. Menunya nasi ayam dan rasanya boleh tahan. Pakej yang sesuai untuk lawatan pelajar-pelajar.

Penat nak naik daripada satu rumah ke rumah yang lain. Cuba kira sendiri berapa buah negeri di Malaysia ni. Rumah kita je yang tiada di situ....Sesuai untuk menambahkan pengetahuan tentang jenis-jenis rumah di Malaysia mengikut budaya setiap negeri dan mengetahui khazanah dan warisan negara kita.Cikgu-cikgu boleh masukkan topik ni dalam subjek Kajian Tempatan.

Cikgu-cikgunya pun sempat juga 'berposing'.....


Kesimpulannya...Melaka sesuai sebagai destinasi lawatan untuk murid-murid, santai dengan anak-anak dan keluarga. Siapa lagi nak majukan tempat kita kalau bukan kita sendiri..........