Saturday 16 November 2013

Jalan-jalan ke Taman Mini Asean, Masjid Selat dan menaiki River Cruise, Melaka pada 30 October 2013

Lawatan ke Taman Mini Asian dan menaiki River Cruise bersama murid-murid sebagai pengisian program lepas peperiksaan.

Masing-masing sedang menunggu persembahan oleh artis-artis kebudayaan Taman Mini Malaysia.

Persembahan tarian Melayu
Terdapat juga persembahan tarian kaum Cina dan India dan etnik-etnik lain.

Ketika ini di Masjid Selat. Tempat yang mendamaikan yang dilewati semasa lawatan hari itu. Masjid ini cantik dan unik kerana kedudukannya yang menganjur ke laut Selat Melaka. Maka, ianya dinamakan Masjid Selat.

Naik river cruise. Biawak yang muncul di pinggir sungai.Budak-budak menjerit cikgu, tu buaya!...aduii....

Membeli apa  yang patut di Bandar Hilir seperti 'key chain' dan kuih tradsional sebagai tanda balik dari Melaka.


Nak bercerita sikit. Mamat ni dikategorikan  'jambu dan cun'..lemah gemalai tariannya....


Antara aktiviti yang disediakan di Taman Mini Asean dan Malaysia jika mengikut pakej rombongan murid sekolah termasuk pakej makan tengah hari. Menunya nasi ayam dan rasanya boleh tahan. Pakej yang sesuai untuk lawatan pelajar-pelajar.

Penat nak naik daripada satu rumah ke rumah yang lain. Cuba kira sendiri berapa buah negeri di Malaysia ni. Rumah kita je yang tiada di situ....Sesuai untuk menambahkan pengetahuan tentang jenis-jenis rumah di Malaysia mengikut budaya setiap negeri dan mengetahui khazanah dan warisan negara kita.Cikgu-cikgu boleh masukkan topik ni dalam subjek Kajian Tempatan.

Cikgu-cikgunya pun sempat juga 'berposing'.....


Kesimpulannya...Melaka sesuai sebagai destinasi lawatan untuk murid-murid, santai dengan anak-anak dan keluarga. Siapa lagi nak majukan tempat kita kalau bukan kita sendiri..........


No comments:

Post a Comment