Pemandangan dari bilik @ D' Nelayan Beach Resort ketika matahari hampir terbenam.
Tempat penginapan yang dipilih ialah D' Nelayan Beach Resort yang terletak di Sg Tuang, Melaka.Resort ini menghadap laut.
Ini bilik yang berharga RM70 satu malam (kalau hujung minggu harganya lain)Agak kecil dan ada dua katil bujang dan 'aircond'. Kebersihan bilik kurang memuaskan, katil agak barhabuk . Bilik ala-ala rest house. Bilik airnya pun tidak memenuhi citarasa.Kami menyewa 4 buah bilik. Bilik-bilik di sini menghadap laut Selat Melaka.
Namun begitu, kemudahan Wifi disediakan dengan liputan dan kelajuan yang amat baik. Aku sempat mengemaskini blog menggunakan aplikasi Blogger di Ipadku berlatarkan desiran ombak Selat Melaka.
Ini bilik yang berharga RM100++. Agak selesa dan luas sedikit. Di resort ini, ruangan parkir kenderaan agak terhad.
Mak long yang sibuk menyediakan makan malam kitaorang.
Pada pagi 21 November 2013,hujan gerimis, aktiviti diteruskan lagi dengan memasak makanan pagi, aktiviti mandi-manda dan seterusnya 'check out' pada pukul 12 tengah hari.
Kesimpulannya, percutian yang tidak dirancang ini begitu menarik terutamanya apabila 'kanak-kanak bertemu air' dan aktiviti makan 'ala-ala camping'.
Setiap resort mempunyai kelebihan dan kekurangannya. D' Nelayan Beach Resort sesuai untuk mereka yang menginginkan percutian bajet, santai bersama keluarga dan sahabat handai. Pemandangan laut yang cantik. Namun begitu, mereka yang menginkan penginapan yang lebih ekslusif disarankan untuk mencari penginapan alternatif yang lain.
Tunggu untuk review percutian seterusnya....
Antara watak-watak yang terlibat dalam ini cerita......zasssss.....
No comments:
Post a Comment